Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Heat : Aluminium Radiator

Salam,

Long time no update with my machine. Main reason is because im now working on my wife machine (jeng je jenggg)... enjoy pic below..

front bumper... L200 Moderno

rear part... come with Moderno tailgate, bumper with mudflap & spoiler

Front view

side view...

side skirt 03' kancil

rear view

rear bumper with mudflap

the wheel.....!

wait the final look of this project~! Pinky you.....

Heat Management.....

Double layered Aluminium Radiator

DEi Radiator Relief Additive

Latest engine look

plan to spray my air filter with black colour or maybe repaint my head cover to white... ermmm

Monday, December 20, 2010

20/12/2010 - Permohonan Kelulusan Penukaran Enjin



Sempena hari offday hari nie, aku & abg J telah g ke puspakom sri lalang, kluang untuk buat pemeriksaan brek and enjin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lulus semuanya. Surat kelulusan diterima 2/11/2010 haritu lg tp br sekarang berkesempatan nak buat pemeriksaan.

Proses Untuk Memohon Kelulusan Penukaran Enjin

1) Perlu rujuk terlebih dahulu di laman web JPJ untuk kepastian kategori (ye kategori) permohonan anda.
i- kategori pertama ialah penukaran enjin tanpa penukaran gearbox yakni gear auto ke auto/manual ke manual. Jika dlm kategori ini boleh terus pergi ke puspakom bersama geran, surat kastam , resit jual beli enjin. Dh buat pemeriksaan
ii - kategori kedua adalah penukaran enjin yang melibatkan penukaran gearbox dr auto ke manual / manual ke auto. Untuk ini, kena buat permohonan dgn mengisi borang yang telah disediakan di web JPJ (sila check sendiri, sebab dkt situ ada diterangkan juga kategori2 yang lain).

2) Tunggu surat permohonan tiba, untuk sama cc seperti 1.6 ke 1.6 dlm masa seminggu dh boleh dpt dh kalau peningkatan cc seperti 1.6 ke 1.8 ambil masa sikit maybe dlm 2minggu atau lebih (aku dkt 3minggu br dpt surat wooo)

3) Pemeriksaan di Puspakom, untuk proses ini hanya bermodalkan rm60 je.
i - buat ujian brek , handbrek dan juga absorber
*untuk ujian brek , handbrek & absorber pegawai akan test guna mesin (mcm dyno gitu) yang mana dia akan pusingkan roda kete sampai satu kelajuan dan tiba2 brek. kalau dlm range dia, LULUS. kalau tak gagal..
ii - buat pemeriksaan keseluruhan enjin dan no chasis. *sila pastikan tinted anda cerah k.

4) Selepas semua ujian lulus, akan keluarla surat kelulusan mcm bwh nie... (valid utk 1 bulan je)

4) Seterusnya, pengubahan kenaikan cc pada insuran. Ni kena deal dgn pihak insuran utk adjust cc dan tukar no enjin baru. (aku kena cas rm20 je untuk tujuan nie dan pastikan roadtax masih valid sekurang2nya dlm 6bulan lg)

5) bawa dokumen2 dr puspakom dan insuran untuk proses tkr no. enjin pada geran. Ni dibuat dkt JPJ cawangan. Roadtax kena cabut dan bg dkt pegawai JPJ untuk digantikan dgn roadtax yang baru.
Setel....

Belum update di geran lg, nak kena setelkan insuran sebab dh naik cc...

Tunjuk nie dh cukup kot....


Disebabkan tayar advan neova ad07 aku bunga dh kurang, grip pun kurang. aku amik keputusan tkr tayar bridgestone potenza re001 (rm250 sebijik siap alignment + balancing). Sekarang dlm proses carik tayar semi slick samada achilles 123 atau federal 595RS,

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010



Salam...

Sesuatu yang ingin dikongsikan bersama pada malam raya 9/9/2010. Dalam perjalanan balik ke ampang dr kluang. Enjin aku telah overheat. What the..?? Yaa, apa puncanya? padahal sebelum perjalanan semua basic enjin check aku dh buat. Try check this below picture...


Ye.. kebocoran pada bahagian radiator cap. sapa sangkakan... mujurlah aku dh ada pengalaman kete overheat sebelum nie. jd dh tahu apa langkah2 pencegahan kalau temp naik untuk elak dr kete overheat. Salah satu tanda2 overheat, bila start enjin , akan ada jerking dan bila jalan mcm 3 silinder je lg satu asap putih dr lubang ejos. take note k...

so, aku kuar exit jasin, lepas beberapa kali stop tepi highway utk turunkan suhu br jalan baik. (nasib tak baek bila air spare dlm bonet belakang kering kontang ).

Sampai je tol jasin, terus park tepi, kasi radiator sejuk dulu. simbah air pada radiator tu (jgn masukkan air lg dlm radiator). tunggu lama skit takpe. check temp pada meter. kalau dh rendah dr setengah tu. br masukkan air dlm radiator skit demi sikit. perhatikan simpton2 samada air tendang balik (ni paling nak dielakkan). kalau berasap lg lepas air dimasukkan, stop jap. rilek2 dulu. lepas tu top up lg. sampailah penuh.

Dan, bg dia cool down lg, br la cuba start enjin. Perhatikan, samada senang atau tidak nak start. perhatikan asap putih pada lubang ejos, perhatikan tindak balas air pada radiator. Jika menendang balik... stand by je la duit. So far enjin aku takde masalah...

So, aku g amik radiator cap, balut dgn selotep elok2. kasi kering. tutup dan start enjin. perhatikan keadaan air dlm spare tank dan kebocoran keliling radiator cap tu.

Untuk safety, setiap perhentian berhenti utk check air dlm sparetank samada kurang atau tidak. cuba bwk kelajuan tidak kurang dr 100kmh.

Alhamdulillah, takde masalah. Leh sampai ke Klang dgn selamat dan balik ke ampang jugak selamat. Check air tidak kurang. So, esok (Sabtu) akan carik replacement radiator cap. Syukur...

atau

adakah sebab enjin aku merajuk ?

Adakah sebab "kepala merah" ni dh memanggil2...




APAPUN DIUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA UMAT ISLAM!


Tuesday, January 26, 2010

Permohonan Untuk Pengubahsuaian Pemasangan "Sunroof" diatas bumbung kenderaan.

Salam.

Dekat sini aku nak kongsikan proses-proses untuk endorsekan sunroof dibumbung kereta anda. Proses ni aku bgtau step by step dr mula kita apply sehinggalah siap endorse. Kos ada pada perenggan akhir sekali .

Mula2 sekali untuk menukar sunroof ada beberapa dokumen yang kita perlukan dr tempat kita pasang sunroof, tempat beli sunroof. Antaranya...

1) Resit pembelian sunroof
2) Resit pemasangan sunroof (kalau tempat yang sama, satu resit dh cukup)
3) Surat pemasangan daripada bengkel.

Semua surat nie hendaklah original dan COP HIDUP bengkel tersebut. Maksudnye lg, submit dokumen2 original nie semalam mohon ke JPJ Putrajaya.

Ni contoh surat permohonan yang aku hantar..

(*surat permohonan ni boleh didapati dia website JPJ, download dkt sana)

Kesimpulannya, semasa nak pos surat permohonan nie ke Bhgn Teknik JPJ Putrajaya borang2 yang kena ada ialah;
1) Salinan Kad Pengenalan
2) Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Geran) - Kalau bukan atas nama kita, buat satu lg surat lepasan tanggungan atau surat kebenaran dari owner.
3) Surat Pemasangan Sunroof dari bengkel
4) Resit2 yang berkaitan (rujuk atas)

Jika tiada masalah, korang akan dapat terus surat kebenaran pemasangan sunroof kalau tidak jadi mcm aku nie...

Surat reply yang aku terima dr JPJ ptg td...

*click to enlarge

Frustrated! Aku ingat lg aku dh kepilkan sekali salinan geran. Siap potostat depan belakang lagi. maybe geran tu tercicir atau maybe dia tak perasan.

Updated FRIDAY, FEBRUARY 19, 2010



Setelah menghantar surat susulan seperti yg diminta oleh pihak JPJ, selang 2 minggu surat kelulusan diterima. Syukur...

Updated FRIDAY, april 02, 2010

selang 1 bulan lebih aku perap surat kelulusan nie atas sebab tiada masa untuk ke JPJ, akhirnya aku dgn kecederaan kaki aku terpaksa juga melangkah pergi ke Puspakom Sri Lalang untuk membuat pemeriksaan.

inilah tanda pertama yang anda nampak bila membuat pembayaran dkt kaunter Puspakom untuk pemeriksaan khas. RM25 jew.

Resit dan surat pelepasan tanggungan

Resit dia. Kod 35 - Khas

Dan setel bayar kereta pun beratur la di lorong khas ini. Sekali dengan proses tukar hak milik

Rilek2 minum air nescafe ais kejap sambil menunggu orang depan aku selesai

Proses Pemeriksaan

Untuk proses ni sama dekat tempat lain terpulang kepada pegawai pemeriksa tu la.

1) Pastikan semua pillar2 anda dibuka terlebih dahulu, ni br memudahkan pegawai untuk membuat pemeriksaan pada pillar (untuk mengesan kesan pemotongan)

2) Mula2 buka bonet hadapan, Pegawai pemeriksa akan check nom. chasis (siap guna selotep lg tuu) dan juga nom. enjin.

3) Pemeriksaan pada bahagian pillar. Terpulang kepada pemeriksa, selalunya kalau "org lama" sekali tgk dia dh tahu dh. Adala point2 dia tgk. Mcm aku kejap je. Terus dia suruh tutup balik pillar dan ke depan.

4) Melalui titian. Titian ni aku tak taula apa nama dia tp untuk periksa chasis bawah. Detect kereta potong la nie. Jangan lowered sgt! kompom sagat. Aku pun skit je lg hehehe

*pastikan tinted2 semua dibuka ye.

5) Dah setel semua tu, pergi tunggu ke kaunter untuk terima keputusan. LULUS/GAGAL

RESULT : LULUS!!!

ni la rupa Laporan Pemeriksaan Khas

"LULUS"

Langkah seterusnya adalah untuk update dekat geran. Proses nie kena buat dekat JPJ. Jarak Puspakom --> JPJ (50km) tq.

Masuk je dkt JPJ tu, ambil borang K8 ni borang untuk membuat pindaan dan ambil nombor. Sila tanya penjaga kaunter jika ada kemuskilan. Bawak bersama Surat Kebenaran Pemasangan Sunroof , Laporan Pemeriksaan Khas dan salinan IC.

Lepas bagi semua borang-borang ni dekat kaunter, tunggula sehingga anda dipanggil semula.

Inilah rupanye bila dh selesai semua urusan..


Kos endorse sunroof (buat sendiri)
1) Setem 50sen x2 + Sampul surat + potostat = rm2
2) Puspakom = rm25
3) JPJ = FREE
Total = RM27 je.

*diharap ini dpt membantu kepada yg blur2 lg nak endorse sunroof.

Sunday, December 13, 2009

Off Topic : Sagaburuk2889 BOS (Bolt On Supercharger)

Off Topic skit..


saje nak letak sagaburuk2889 yg dh buat proses pemadanan BOS (bolt on supercharger). So far performance ok, respon kuat dr 3000rpm ke 5000rpm dan linear ke redline. ada video untuk dikongsikan bersama...



(gile stimm bunyi ejos... hahaha)

rindu kt kete lama aku yg jauh di timur sana, happy boosting and kick turbo ass yah broo.. hehe

info selanjutnye leh refer kt blog aku satu lg sagaburuk2889

Monday, December 7, 2009

Aku dan masalah keretaku.....

Salam

Isnin
07/12/2009
Taman Muhibah

Lama dh aku tak borak pasal personal life kan? asyik pasal kete je. hari nie aku nak kongsikan skit la pengalaman aku pergi ke klang dan masalah yang aku hadapi sekarang...

0700am
- aku telah berjanji dgn seorang wakil QA dan 2 org wakil dr Sorting Line Plant 3 (tempat aku keje). Sebagai kuli department kiln, aku "terpaksa" mengikuti mereka untuk bertemu dgn customer yakni sebuah syarikat construction yang telah membeli jubin dr syarikat aku. Atas arahan boss aku, terpaksala aku follow untuk ikut diorang atas sebab "customer complaint".

0930am
- berhenti makan kejap di hentian pagoh... ilek2 jap... pkl 10am br gerak ke klang

1100am
-aku sampai di guocera main office yakni tempat untuk bertemu dgn distributor produk kompeni aku. Dia telah membawa aku ke satu site office yg gua ingat pandamaran je. ada petronas sebelah situ.

1215pm
- setelah buat sedikit site visit... nie hasilnya...

tanda2 pangkah tu la defect customer complaint (overfired)

100pm
- deal nak check berapa unit lg defect yg ada serta pergi ke tempat penyimpanan jubin2 yg lain..
yg nie wat aku hampir pengsan kejap... usha gambo bwh..

tempat simpanan dia... beratapkan awan berlantaikan tanah

jubin yg dikatakan bermasalah (293B)

otai2 yg sedia memanjat bila diperlukan

jubin akan diperiksa drpd kotak yg masih belum digunakan... so far tak jumpa defect dia. syukur leh balik cepat....

time nak balik tu laaaaa.... (nie masuk klimaks dia, yg td intro je). ada bunyi mcm hampeh skit dkt enjin aku... demmm..

meh tolong aku teka bunyi nie jap.. usha pic bwh


(bunyi hicam toda type c kah?)

oleh itu juga berkuat kuasa serta merta aku telah apply cuti dgn boss aku untuk anto check kete. sekian terima kasih....

update 08/12/2009

setelah diselidik, didapati bunyi bising tu hanya ada bila off aircond, bila on aircond lak ok, demmm so... aku pun anto balik kt kedai aircond yang aku tkr compressor hari tu.

lepas checking didapati kepala/pulley ada masalah. so, dgn adanya warranty 3bulan aku pun suh dia tkr yg baru. now my aircond is cool and silky smooth yeahhh...


*tq to cik ema atas nasihat penggantinama yg sesuai digunakan

Thursday, November 19, 2009

Mengidammm....

1) Knuckle ek9 + dc2R sportrim


2) ek4 sunroof

either one ? let see after this hehehe


Sunday, October 25, 2009

MHCC Kluang - Photoshoot

LEPAK2 STADIUM,SESI2 BRGMBR & PRANGG KT TASEK.

TEMPAT : STADIUM MPK TMN KLUANG BRT
TARIKH : 25.10.2009 (AHAD)
MASA : 05.00PM

kehadiran - ramai..

Gambarnya...


*click at picture to enlarge