Tuesday, January 26, 2010

Permohonan Untuk Pengubahsuaian Pemasangan "Sunroof" diatas bumbung kenderaan.

Salam.

Dekat sini aku nak kongsikan proses-proses untuk endorsekan sunroof dibumbung kereta anda. Proses ni aku bgtau step by step dr mula kita apply sehinggalah siap endorse. Kos ada pada perenggan akhir sekali .

Mula2 sekali untuk menukar sunroof ada beberapa dokumen yang kita perlukan dr tempat kita pasang sunroof, tempat beli sunroof. Antaranya...

1) Resit pembelian sunroof
2) Resit pemasangan sunroof (kalau tempat yang sama, satu resit dh cukup)
3) Surat pemasangan daripada bengkel.

Semua surat nie hendaklah original dan COP HIDUP bengkel tersebut. Maksudnye lg, submit dokumen2 original nie semalam mohon ke JPJ Putrajaya.

Ni contoh surat permohonan yang aku hantar..

(*surat permohonan ni boleh didapati dia website JPJ, download dkt sana)

Kesimpulannya, semasa nak pos surat permohonan nie ke Bhgn Teknik JPJ Putrajaya borang2 yang kena ada ialah;
1) Salinan Kad Pengenalan
2) Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Geran) - Kalau bukan atas nama kita, buat satu lg surat lepasan tanggungan atau surat kebenaran dari owner.
3) Surat Pemasangan Sunroof dari bengkel
4) Resit2 yang berkaitan (rujuk atas)

Jika tiada masalah, korang akan dapat terus surat kebenaran pemasangan sunroof kalau tidak jadi mcm aku nie...

Surat reply yang aku terima dr JPJ ptg td...

*click to enlarge

Frustrated! Aku ingat lg aku dh kepilkan sekali salinan geran. Siap potostat depan belakang lagi. maybe geran tu tercicir atau maybe dia tak perasan.

Updated FRIDAY, FEBRUARY 19, 2010



Setelah menghantar surat susulan seperti yg diminta oleh pihak JPJ, selang 2 minggu surat kelulusan diterima. Syukur...

Updated FRIDAY, april 02, 2010

selang 1 bulan lebih aku perap surat kelulusan nie atas sebab tiada masa untuk ke JPJ, akhirnya aku dgn kecederaan kaki aku terpaksa juga melangkah pergi ke Puspakom Sri Lalang untuk membuat pemeriksaan.

inilah tanda pertama yang anda nampak bila membuat pembayaran dkt kaunter Puspakom untuk pemeriksaan khas. RM25 jew.

Resit dan surat pelepasan tanggungan

Resit dia. Kod 35 - Khas

Dan setel bayar kereta pun beratur la di lorong khas ini. Sekali dengan proses tukar hak milik

Rilek2 minum air nescafe ais kejap sambil menunggu orang depan aku selesai

Proses Pemeriksaan

Untuk proses ni sama dekat tempat lain terpulang kepada pegawai pemeriksa tu la.

1) Pastikan semua pillar2 anda dibuka terlebih dahulu, ni br memudahkan pegawai untuk membuat pemeriksaan pada pillar (untuk mengesan kesan pemotongan)

2) Mula2 buka bonet hadapan, Pegawai pemeriksa akan check nom. chasis (siap guna selotep lg tuu) dan juga nom. enjin.

3) Pemeriksaan pada bahagian pillar. Terpulang kepada pemeriksa, selalunya kalau "org lama" sekali tgk dia dh tahu dh. Adala point2 dia tgk. Mcm aku kejap je. Terus dia suruh tutup balik pillar dan ke depan.

4) Melalui titian. Titian ni aku tak taula apa nama dia tp untuk periksa chasis bawah. Detect kereta potong la nie. Jangan lowered sgt! kompom sagat. Aku pun skit je lg hehehe

*pastikan tinted2 semua dibuka ye.

5) Dah setel semua tu, pergi tunggu ke kaunter untuk terima keputusan. LULUS/GAGAL

RESULT : LULUS!!!

ni la rupa Laporan Pemeriksaan Khas

"LULUS"

Langkah seterusnya adalah untuk update dekat geran. Proses nie kena buat dekat JPJ. Jarak Puspakom --> JPJ (50km) tq.

Masuk je dkt JPJ tu, ambil borang K8 ni borang untuk membuat pindaan dan ambil nombor. Sila tanya penjaga kaunter jika ada kemuskilan. Bawak bersama Surat Kebenaran Pemasangan Sunroof , Laporan Pemeriksaan Khas dan salinan IC.

Lepas bagi semua borang-borang ni dekat kaunter, tunggula sehingga anda dipanggil semula.

Inilah rupanye bila dh selesai semua urusan..


Kos endorse sunroof (buat sendiri)
1) Setem 50sen x2 + Sampul surat + potostat = rm2
2) Puspakom = rm25
3) JPJ = FREE
Total = RM27 je.

*diharap ini dpt membantu kepada yg blur2 lg nak endorse sunroof.

7 comments:

Dedi Rayyan said...

terbaikk demo loni....kemahhh

isma said...

abih cane wei..

Anonymous said...

salam bang..nak tanya camner cth surat pemasangan dr kedai sbb sy tanya kedai dia kata xperlu.tolong sy bang sbb sy punya kete sangkut ..kena g jpj.-razak-
email: skywalkercard@yahoo.com

mr.nemm said...

salam bang..boleh saye dptkn contoh surat pemasangan sunroof?kete sangkut la.tanye kt kdai sunroof tu dia xreti wat la pulak..adoyai.help me plz..

email: defect.zero@yahoo.com
tel: 019-9805541

ayai said...

bro nak tnyela...ape name borang tuh?sy cari kat laman web jpj xdela..ape name borangye ye?

hafiz said...

Assalamualaikum.. T.kasih atas perkongsian yg berguna ni bang..

hafiz said...

Assalamualaikum.. T.kasih atas perkongsian yg berguna ni bang..