Sunday, January 31, 2010

EK4 Dark Grey Pillar, Floormat EK4, M2H3 Front Door Glass

Salam....

Update few new (used ) item..

1) EK4 Dark grey pillar complete set (11 pcs) -thnx to syakir & hafitz sinar modifikasi

yang cerah tu pillar ej6 local model so4, dark grey tu EK4 JDM


2) Floormat Honda Civic EK4 (Honda Access) complete set 5pcs -thnx to syakir & hafitz sinar modifikasi

see that... Honda Access

3) previously already discuss in this topic http://white2474rs.blogspot.com/2009/12/ek3-front-door-glass-m503-singapore.html

M2H3 Front Door Glass EK4 JDM Green Glass

Different...


Cermin atas tu JDM Spec EK4 M2H3
Cermin Bawah SGDM Spec EK3 M5O3

cermin M2H3 lg hijau dr M5O3

M2H3 ASAHI

bukak dr pintu nie. hehehe... berpeluh nak check code dia sebab cermin ada belah dlm. nasib baik betul. Harga pun cun siap dpt limau free lg hehehe

NEXT....

belum decide lg. either door step ek4 or dashboard ek4 virs...

Tuesday, January 26, 2010

Permohonan Untuk Pengubahsuaian Pemasangan "Sunroof" diatas bumbung kenderaan.

Salam.

Dekat sini aku nak kongsikan proses-proses untuk endorsekan sunroof dibumbung kereta anda. Proses ni aku bgtau step by step dr mula kita apply sehinggalah siap endorse. Kos ada pada perenggan akhir sekali .

Mula2 sekali untuk menukar sunroof ada beberapa dokumen yang kita perlukan dr tempat kita pasang sunroof, tempat beli sunroof. Antaranya...

1) Resit pembelian sunroof
2) Resit pemasangan sunroof (kalau tempat yang sama, satu resit dh cukup)
3) Surat pemasangan daripada bengkel.

Semua surat nie hendaklah original dan COP HIDUP bengkel tersebut. Maksudnye lg, submit dokumen2 original nie semalam mohon ke JPJ Putrajaya.

Ni contoh surat permohonan yang aku hantar..

(*surat permohonan ni boleh didapati dia website JPJ, download dkt sana)

Kesimpulannya, semasa nak pos surat permohonan nie ke Bhgn Teknik JPJ Putrajaya borang2 yang kena ada ialah;
1) Salinan Kad Pengenalan
2) Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Geran) - Kalau bukan atas nama kita, buat satu lg surat lepasan tanggungan atau surat kebenaran dari owner.
3) Surat Pemasangan Sunroof dari bengkel
4) Resit2 yang berkaitan (rujuk atas)

Jika tiada masalah, korang akan dapat terus surat kebenaran pemasangan sunroof kalau tidak jadi mcm aku nie...

Surat reply yang aku terima dr JPJ ptg td...

*click to enlarge

Frustrated! Aku ingat lg aku dh kepilkan sekali salinan geran. Siap potostat depan belakang lagi. maybe geran tu tercicir atau maybe dia tak perasan.

Updated FRIDAY, FEBRUARY 19, 2010



Setelah menghantar surat susulan seperti yg diminta oleh pihak JPJ, selang 2 minggu surat kelulusan diterima. Syukur...

Updated FRIDAY, april 02, 2010

selang 1 bulan lebih aku perap surat kelulusan nie atas sebab tiada masa untuk ke JPJ, akhirnya aku dgn kecederaan kaki aku terpaksa juga melangkah pergi ke Puspakom Sri Lalang untuk membuat pemeriksaan.

inilah tanda pertama yang anda nampak bila membuat pembayaran dkt kaunter Puspakom untuk pemeriksaan khas. RM25 jew.

Resit dan surat pelepasan tanggungan

Resit dia. Kod 35 - Khas

Dan setel bayar kereta pun beratur la di lorong khas ini. Sekali dengan proses tukar hak milik

Rilek2 minum air nescafe ais kejap sambil menunggu orang depan aku selesai

Proses Pemeriksaan

Untuk proses ni sama dekat tempat lain terpulang kepada pegawai pemeriksa tu la.

1) Pastikan semua pillar2 anda dibuka terlebih dahulu, ni br memudahkan pegawai untuk membuat pemeriksaan pada pillar (untuk mengesan kesan pemotongan)

2) Mula2 buka bonet hadapan, Pegawai pemeriksa akan check nom. chasis (siap guna selotep lg tuu) dan juga nom. enjin.

3) Pemeriksaan pada bahagian pillar. Terpulang kepada pemeriksa, selalunya kalau "org lama" sekali tgk dia dh tahu dh. Adala point2 dia tgk. Mcm aku kejap je. Terus dia suruh tutup balik pillar dan ke depan.

4) Melalui titian. Titian ni aku tak taula apa nama dia tp untuk periksa chasis bawah. Detect kereta potong la nie. Jangan lowered sgt! kompom sagat. Aku pun skit je lg hehehe

*pastikan tinted2 semua dibuka ye.

5) Dah setel semua tu, pergi tunggu ke kaunter untuk terima keputusan. LULUS/GAGAL

RESULT : LULUS!!!

ni la rupa Laporan Pemeriksaan Khas

"LULUS"

Langkah seterusnya adalah untuk update dekat geran. Proses nie kena buat dekat JPJ. Jarak Puspakom --> JPJ (50km) tq.

Masuk je dkt JPJ tu, ambil borang K8 ni borang untuk membuat pindaan dan ambil nombor. Sila tanya penjaga kaunter jika ada kemuskilan. Bawak bersama Surat Kebenaran Pemasangan Sunroof , Laporan Pemeriksaan Khas dan salinan IC.

Lepas bagi semua borang-borang ni dekat kaunter, tunggula sehingga anda dipanggil semula.

Inilah rupanye bila dh selesai semua urusan..


Kos endorse sunroof (buat sendiri)
1) Setem 50sen x2 + Sampul surat + potostat = rm2
2) Puspakom = rm25
3) JPJ = FREE
Total = RM27 je.

*diharap ini dpt membantu kepada yg blur2 lg nak endorse sunroof.

Saturday, January 9, 2010

Exterior : Sunroof Visor/Deflector Honda Civic EG with Flip

Salam...

Barang terbaru...

sunroof visor/ wind deflector Honda Civic EG with flip
(tq to Sinar Modifikasi , syakir n hafitz)

Installation

Pemasangan ada sedikit masalah dimana visor ini tidak disertakan dengan klip. Jadi custom bracket perlu dibuat. Untuk pengguna sunroof yg nak pakai visor tp tak dpt klip. Leh guna cara nie. Berkesan...

Langkah pertama
Belikan dulu bracket "8" , dia mcm besi nipis yg ada lubang2 byk2 tu.
Dptkan skru dan nut saiz ngam2 dgn lubang dgn sunroof tu. pastikan skru tu tak terlalu panjang dan tak terlalu pendek.

Langkah kedua

(DIY dkt kedai je, sapa2 nak pasang leh la dtg sini. Lokasi kt bandar baru ampang)

bersihkan elok2 visor tu, kemudian gunakan double sided tape dr 3M or yg mana paling bagus lg mahal....

ukur kiri kanan, kasi sama rata....

macam ni la rupa dia bila dah dibuat dan dipasangkan bracket. Ikatkan dengan skru + nut td. Simple je....

Langkah seterusnya agak thriller skit. Iaitu utk ikat tempat pegang visor dgn bumbung.... aku cadangkan korang gunakan ribet dan tebuk pada bumbung bhgn dalam. Iaitu bhgn tepi belah depan tu... Tgk gambar dibawah keadaan bracket lepas siap..


mcm tu la keadaan bracket lepas siap.... pastikan besi "8" tu guna yg paling nipis...

Overall look..

nice ehhh.... hehehe

ni lak malapetaka lepas siap pasang dkt kedai td...

dicium dr tepi... sungguh aku tak relakan perbuatan nie. hampeh tui. walaupun tak serius tp kemek gak la... hishhh hisshhh (nada hangin)

next...

pillar EK4

*click picture to enlarge

Saturday, January 2, 2010

Aktiviti Hujung Minggu...

1) Servis Batuan
Minyak Enjin Honda VTECLEV Semisintetik 15W40 & Honda Oil Filter



extractor aku dh kemek... patutla tak laju hehehe

2) DIY - Cold Air Intake + OEM Airfilter Box

bukak bumper depan. kaedah lg senang berbanding dgn bumper saga aku dulu, siap kena tebuk lg.

final look... tak terlalu menonjol sgt. syg wooo nk tebuk bumper hehehe