Sunday, December 6, 2009

EK3 Front Door Glass M503 Singapore Spec + Installation

Salam

Meh berDIY menukar cermin pintu depan...
refer kt posting ini untuk cara2 untuk dptkan cermin ini http://white2474rs.blogspot.com/2009/11/ek3-front-door-glass-m503-singapore.html

Sunday
06/12/2009
Taman Muhibah Kluang

(this is how the sdm (singapore domestic models) civic ek3 door glass labels look a like)


Installation of EK3 Front Door Glass

1) ok, mula2 bukak door handle belah dalam... nampakkan ada satu skru disitu. Keluarkan..

2) ok, bila dh keluarkan.. dkt bhgn dalam dia ada satu besi bercantum dgn door handle tu. tu pun bukak juga (tips : lepaskan clip dia dulu baru cabut, lg senang)


lg satu, dibahagian switch tu. kena bukak 2 skru dan tanggalkan skru. skru ada 2 tu bukak sebab dia ikat dgn pintu.


disamping tu keluarkan juga tempat speaker pintu tu. supaya bila nak bukak door trim tu senang skit.

selesai je tu, bukakla door trim anda dgn berhati2. disekeliling door trim tu ada clip. tarik skit je sehingga dia terbuka. jgn ganas sgt. slow2 je. pasti boleh... yeah!

mcm nie la lepas door trim berjaya dibuka

3) ok... seterusnya. korang onkan ignition , sambungkan kembali soket cermin tu. dan turunkan cermin sehingga korang nampak 2 skru yg memegang cermin nie. usha gambar bwh

dgn menggunakan spanar saiz 10. bukak la skru tu. lepas tu. dr atas korang tarik la slow2 cermin tu sampai leh keluar. tak perlu bukak door visor ke ape ke. just simple take it out....

sebelum

selepas

setel je , masukkan balik. lebih kurang sama je cara dia. masukkan cermin tu tp kena hati2 pastikan kedudukan cermin tu betul dgn getah tepi dia. pastikan masuk cun2. kalau tak nanti bila nak naikkan dia sangkut. kalau puas hati tu, ikat balik skru tu. test la guna door controller. kalau dh takde masalah. masukkan balik door trim tu ikat balik skru yg korang bukak. SETEL!

*short door moulding hitam depan lum masuk lg, brg lum complete...

senang kan? senanggggg tp berpeluh jugakla. maklumla main try n error jew hehehe

next item

dome/map light so4

sebab nak tukar adalah, aku masih pakai dome light UFO kedai abangz...


credit : to Chegu onn mhcc hondaegjdmbersunroofyangmantaplglajutiptop! tq (amik berkat nie, lepas nie mana tau kot dpt pakai sunroof jugak hehehe)

update : INSTALLATION

1) senang jew.... ada satu skru je. bukak je skru tu. tgk gambar bwh
wiring dia sama warna. piece of cake!

tadaaaaa... asal nampak gelap lak padahal kelabu hehehe

untuk roofliner vi-rs nie ada 2,3 brg untuk kompletekan... usha gambar bawah. (credit to bro aqil9012 EKD)


nie dia brg2 halus utk roofliner ek vi-rs tak termasuk roofliner grey. roofliner tak perlu sebab aku nak masuk bumbung suria yahoooo!

kata2 akhir buat semua chegu2 yg sedang mengawasi peperiksaan spm tu, jgn buat muka psyco sgt. kesian budak2 nak jwb soalan leh hilang fokus tau , buat chegu blur senyum2 la skit supaya anak murid dibwh jagaanmu aman tenteram je.. hohohoho (jamming jom)

buat chegu onn... notherless to say, thanks very much for this give. sejak pakai nie aku rasa dibawah lindungan lilin yg cerah bak kata pepatah orang melayu dulu2...

"guru diibarat lilin, membakar diri demi menerangi org lain"

samala mcm dome light nie. (blah la ayat poyo, tau la dpt free huhuhuhuhu)

4 comments:

blurenciel said...

amek berkat keter jdmmalahlajunakmampos yer..

AmiEr SidhQie said...

betul tu enchegublurencielenjinb20selambertapaumivec1.8 hehehe

blurenciel said...

uhhuhu..salah name tu..kene tmbh sket..spatotnyer enchegublurencielenjinb20selambertapaumivec1.8tapikenetapaungan1.8singlecamdanb16b..huuhuh..

AmiEr SidhQie said...

ahahahahahahaha... siyut je.