Tuesday, December 22, 2009

Exterior - Honda Civic EG6 Sunroof

UPDATED 24/12/2009 : Kereta dah berada di Bengkel . Isnin dijangka siap sepenuhnya
UPDATED 28/12/2009 : Alhamdulillah kereta dh siap, tinggal nak touch up carpet je. Esok leh amik.
UPDATED 29/12/2009 : Kereta siap sepenuhnya. Alhamdulillah... aku puas hati dgn kekemasan pemasangan sunroof dkt bumbung aku... carpet dalaman mcm baru. tq to syakir n afis 11motosepot yg byk mengorbankan masa dan tenaga.

(time menunggu di bengkel FILA... pkl 12malam g amik kete, punyela semangat)

Overall Look


Salam...

Bahan Mentah....



Tempat Pemasangan


Fila Workshop @ bodyworks menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk kenderaan anda.

kami pakar dalam :
-ketuk magat
-pemasangan sunroof
-membuat & memasang bodikit
-claim insuran
-towing
-membaiki enjin
-menukar cermin dll.

kami juga ada menyediakan perkhidmatan urusan JPJ
-renew roadtax
-renew lesen memandu,
-tukar nama,
-endos enjin & sunroof
-renew insuran
-pemeriksaan puspakom dll

*pakej terbaik kami adalah bersedia mengambil kereta untuk dibaiki & menghantar semula setelah kami siapkan kenderaan dimana saja anda berada.

*harga boleh dirundingkan.

sila hubungi kami untuk maklumat lanjut

En Fila 019-2098432
En Epin 013-3794228

lokasi kami adalah

Batu 23 Jalan Morib Kanchong Darat 42700 Banting Selangor.

credit to : bro syakir & hafetz SME (mlm2 woo gi amik kete)

Friday, December 18, 2009

OEM Honda SO4 Air Cleaner Box

Salam...

sempena public holiday hari ni dan aku keseorangan dirumah tatkala semua balik kehalaman masing2.. aku kesunyian siyut. pkl 11pg aku g kilang (buat spotcheck) . dkt pkl 1pm aku g mkn. pelik nape ramai lak org g masjid? huk alooo la , hari jumaat rupenye. dengan muka kompidon dan tak malunya aku naek kete terus praaaaaanggg ke kedai halfcut ( ;P ).

Hasil jalan2 hari ini...

Dah lama dh aku mencarik bendalah nie. susah gile bai. aduhhh hari tu ada satu set tp rege nak tekan rm180. humang aihhhh. takpe2. nie dpt pun syukur, complete set rege rm100 je. Bih tu apa lagas... sampai je kt umah kasi cuci bersih2.

halfcut kondisi

lepas dibasuh..

DIY Session

1) tak susah jugak nak DIY nie, mula2 bukak dulu air filter paip besi nampak ganas bunyi pun sedap.

(sebelum)

2) Sambungkan mana2 sambungan yg kena sambung.... bersambung

3) skip 2,3 cara yg korang boleh figure out sendiri, tadaaa dh siap. hehehehe tp ada masalah skit laa. Perasan tak hose silikon biru yg sambung dr rocker cover ke air filter hose tu. sekali tak ngam lak baii... buat sementara nie by pass je dulu. Esok carik semula. alaaa bape sen je nie hehe.

(selepas)

next... aku nak buat CAI (c0ld air intake) lak. sedut udara sejuk dr luar. brla syok skit. tak tahanla dh la pakai auto, kete tak laju tp nak layan open air filter lak. macam tak sesuai la nie. Maybe jiwa motorsport aku malu2 lg kot tu yg tak pikir nak modi enjin ...

Sekian Dan Selamat Bercuti...

Sunday, December 13, 2009

Off Topic : Sagaburuk2889 BOS (Bolt On Supercharger)

Off Topic skit..


saje nak letak sagaburuk2889 yg dh buat proses pemadanan BOS (bolt on supercharger). So far performance ok, respon kuat dr 3000rpm ke 5000rpm dan linear ke redline. ada video untuk dikongsikan bersama...



(gile stimm bunyi ejos... hahaha)

rindu kt kete lama aku yg jauh di timur sana, happy boosting and kick turbo ass yah broo.. hehe

info selanjutnye leh refer kt blog aku satu lg sagaburuk2889

Monday, December 7, 2009

Aku dan masalah keretaku.....

Salam

Isnin
07/12/2009
Taman Muhibah

Lama dh aku tak borak pasal personal life kan? asyik pasal kete je. hari nie aku nak kongsikan skit la pengalaman aku pergi ke klang dan masalah yang aku hadapi sekarang...

0700am
- aku telah berjanji dgn seorang wakil QA dan 2 org wakil dr Sorting Line Plant 3 (tempat aku keje). Sebagai kuli department kiln, aku "terpaksa" mengikuti mereka untuk bertemu dgn customer yakni sebuah syarikat construction yang telah membeli jubin dr syarikat aku. Atas arahan boss aku, terpaksala aku follow untuk ikut diorang atas sebab "customer complaint".

0930am
- berhenti makan kejap di hentian pagoh... ilek2 jap... pkl 10am br gerak ke klang

1100am
-aku sampai di guocera main office yakni tempat untuk bertemu dgn distributor produk kompeni aku. Dia telah membawa aku ke satu site office yg gua ingat pandamaran je. ada petronas sebelah situ.

1215pm
- setelah buat sedikit site visit... nie hasilnya...

tanda2 pangkah tu la defect customer complaint (overfired)

100pm
- deal nak check berapa unit lg defect yg ada serta pergi ke tempat penyimpanan jubin2 yg lain..
yg nie wat aku hampir pengsan kejap... usha gambo bwh..

tempat simpanan dia... beratapkan awan berlantaikan tanah

jubin yg dikatakan bermasalah (293B)

otai2 yg sedia memanjat bila diperlukan

jubin akan diperiksa drpd kotak yg masih belum digunakan... so far tak jumpa defect dia. syukur leh balik cepat....

time nak balik tu laaaaa.... (nie masuk klimaks dia, yg td intro je). ada bunyi mcm hampeh skit dkt enjin aku... demmm..

meh tolong aku teka bunyi nie jap.. usha pic bwh


(bunyi hicam toda type c kah?)

oleh itu juga berkuat kuasa serta merta aku telah apply cuti dgn boss aku untuk anto check kete. sekian terima kasih....

update 08/12/2009

setelah diselidik, didapati bunyi bising tu hanya ada bila off aircond, bila on aircond lak ok, demmm so... aku pun anto balik kt kedai aircond yang aku tkr compressor hari tu.

lepas checking didapati kepala/pulley ada masalah. so, dgn adanya warranty 3bulan aku pun suh dia tkr yg baru. now my aircond is cool and silky smooth yeahhh...


*tq to cik ema atas nasihat penggantinama yg sesuai digunakan

Sunday, December 6, 2009

EK3 Front Door Glass M503 Singapore Spec + Installation

Salam

Meh berDIY menukar cermin pintu depan...
refer kt posting ini untuk cara2 untuk dptkan cermin ini http://white2474rs.blogspot.com/2009/11/ek3-front-door-glass-m503-singapore.html

Sunday
06/12/2009
Taman Muhibah Kluang

(this is how the sdm (singapore domestic models) civic ek3 door glass labels look a like)


Installation of EK3 Front Door Glass

1) ok, mula2 bukak door handle belah dalam... nampakkan ada satu skru disitu. Keluarkan..

2) ok, bila dh keluarkan.. dkt bhgn dalam dia ada satu besi bercantum dgn door handle tu. tu pun bukak juga (tips : lepaskan clip dia dulu baru cabut, lg senang)


lg satu, dibahagian switch tu. kena bukak 2 skru dan tanggalkan skru. skru ada 2 tu bukak sebab dia ikat dgn pintu.


disamping tu keluarkan juga tempat speaker pintu tu. supaya bila nak bukak door trim tu senang skit.

selesai je tu, bukakla door trim anda dgn berhati2. disekeliling door trim tu ada clip. tarik skit je sehingga dia terbuka. jgn ganas sgt. slow2 je. pasti boleh... yeah!

mcm nie la lepas door trim berjaya dibuka

3) ok... seterusnya. korang onkan ignition , sambungkan kembali soket cermin tu. dan turunkan cermin sehingga korang nampak 2 skru yg memegang cermin nie. usha gambar bwh

dgn menggunakan spanar saiz 10. bukak la skru tu. lepas tu. dr atas korang tarik la slow2 cermin tu sampai leh keluar. tak perlu bukak door visor ke ape ke. just simple take it out....

sebelum

selepas

setel je , masukkan balik. lebih kurang sama je cara dia. masukkan cermin tu tp kena hati2 pastikan kedudukan cermin tu betul dgn getah tepi dia. pastikan masuk cun2. kalau tak nanti bila nak naikkan dia sangkut. kalau puas hati tu, ikat balik skru tu. test la guna door controller. kalau dh takde masalah. masukkan balik door trim tu ikat balik skru yg korang bukak. SETEL!

*short door moulding hitam depan lum masuk lg, brg lum complete...

senang kan? senanggggg tp berpeluh jugakla. maklumla main try n error jew hehehe

next item

dome/map light so4

sebab nak tukar adalah, aku masih pakai dome light UFO kedai abangz...


credit : to Chegu onn mhcc hondaegjdmbersunroofyangmantaplglajutiptop! tq (amik berkat nie, lepas nie mana tau kot dpt pakai sunroof jugak hehehe)

update : INSTALLATION

1) senang jew.... ada satu skru je. bukak je skru tu. tgk gambar bwh
wiring dia sama warna. piece of cake!

tadaaaaa... asal nampak gelap lak padahal kelabu hehehe

untuk roofliner vi-rs nie ada 2,3 brg untuk kompletekan... usha gambar bawah. (credit to bro aqil9012 EKD)


nie dia brg2 halus utk roofliner ek vi-rs tak termasuk roofliner grey. roofliner tak perlu sebab aku nak masuk bumbung suria yahoooo!

kata2 akhir buat semua chegu2 yg sedang mengawasi peperiksaan spm tu, jgn buat muka psyco sgt. kesian budak2 nak jwb soalan leh hilang fokus tau , buat chegu blur senyum2 la skit supaya anak murid dibwh jagaanmu aman tenteram je.. hohohoho (jamming jom)

buat chegu onn... notherless to say, thanks very much for this give. sejak pakai nie aku rasa dibawah lindungan lilin yg cerah bak kata pepatah orang melayu dulu2...

"guru diibarat lilin, membakar diri demi menerangi org lain"

samala mcm dome light nie. (blah la ayat poyo, tau la dpt free huhuhuhuhu)

Wednesday, December 2, 2009

Meter Cluster EK3 Vi-RS Auto

Salam...

updated lg brg br sampai diopis tghari td... bukak2 je kotak... tadaaaaa

*tq utk abam lan EKD

dpt sekali dgn meter minyak separuh beb... hehehe

Installation
Senang je, sebab meter nie plug n play so takde la serumit nak pasang steering vi-rs hari tu.

1) mula2 bukak 2 skru kecik dkt bhgn songkok meter tu. dan perlahan2 cabut keluar.

2) lepas tu ada 4 skru kecik kepala phillip yg ikat 2 kt bwh dan 2 kt atas. keluarkan dan cabut meter. cabut soket dulu ye..

3) socket semua sama mean that plug n play cuma additional meter vi-rs nie dia ada abs punye indicator. brek aku takde abs. so biorkan je.

4) pasangkan soket semua, dan attachkan...

5) test , on ignition. pastikan lampu meter hidup, temp hidup, rpm hidup, speed hidup, semua lampu indicator hidup la senang cite..


dh ok tu, pasangkan balik songkok dia... dah siap. Semua berfungsi dgn baek cuma satu je masalah dia. gear indicator tak ngam dan tak selari. Logik la sebab guna lain2 brg kan.

tapi satu je yg tak best... meter dia 180kmh jew... bih tu kalau meter aku kt bwh nie mcm nie bacaan dia. macamana nak sukat??

[end]