Friday, October 16, 2009

Tragedi Senawang - 15/10/2009S

Salam...

Tragedi Senawang - nama memang psyco gile bila dgr. mcm best je kan tp sebenarnye tak best langsung. Sebab apa? sebab pada hari dan tempat itulah kereta aku telah breakdown disebabkan masalah teknikal yg kecil amat sehinggakan membuatkan aku kerugian berpuluh2 kali ganda. meh kita tgk gambar bersama jalan cerita dibwh... zaassss....

selepas pulang dr kerja, aku terus ke bengkel kereta belakang rumah. aku servis. guna minyak hitam castrol magnetic . bagus tempat nie. siap cek aku punye air la, minyak brek la, itu la ini la. salute memang 1st class punye servis. aku puas hati. total cost semua sekali rm100.

lepas tu aku menghalala ke hiway melalui tol ayer hitam.. takde ape lg yg berlaku. kadangkala merempit gakk... sampai lah satu masa, tiba2 ada bunyian bergesel.. something wrong somewhere nie automatically lampu "bateri" aku nyala. alamak...

justeru aku terus memberhentikan kereta aku ketepi, aku suspek belt alternator hancur, tekaan ku tepat lantas membuatkan ku goyang seketika. pening pale. mcmana nie? ada 180km lg nak sampai kl. apa patut aku buat. dengan selambernye aku teruskan perjalanan. off aircond, radio, lampu besar (mujur lampu kecik hidup). mula2 gejala yg boleh nampak adalah bacaan meter minyak dan meter suhu aku makin lama makin menurun... disusuli dgn lampu meter yg kian malap. Lepas tu meter rpm out! meter speed pun out! bunyi letup2 dia ekzos (nie ada kaitan dgn ecu sebab bila ecu tak dpt terima bekalan kuasa yg sepenuhnya dia akan mulfunction). dan untuk dijadikan tajuk cerita. tepat sampai di hentian senawang, kereta pun padam...

*control cun ye cik putih!

disambungkan karangan, aku dh blurry. apa nak buat nie? apa nak buat nie? last2 aku call PLUS ditalian 1800 - 88 - 0000
menceritakan masalah breakdown aku nie, operator yg bertugas dgn suara pelat kedah kuat bgtau jap g ada peronda dtg tgk. LEGA!!! tapi! diorang pun tak dpt buat apa2. sebabnya diorang pun tak de tool nak tow kereta aku, ekceli ada cuma masalah dia kereta aku lowered sgt. tak lepas. so ku kecewa lg. aku calling2 org yg pertama sekali aku ingat bila tgk signboard senawang adalah adun senawang (SIC) abam naem. dialah tempat ku mengadu. mintak no. tepon tow truck. last sekali peronda plus tu bg suggestion. amik no nie. call dan tanya rege. kalau ok br panggil. aku call sambil tanya harga tow dr hentian senawang ke ampang (rm350), dr hentian senawang ke bengkel senawang (rm130). aku pun telepon epit nsm auto (sekarang zero six auto). ok cun ada org dkt bengkel. aku suh drop dkt senawang n tumpang tido dirumah naem.



sampai je dkt bengkel, pak tam ada lg tgh setting wastegate charade. aku cite lebih kurang, esok tghari dtg amik kete.

keesokkan paginya...

no belt in there...

tkr rocker gasket..

bosan2 dok menunggu, tkr belt 2-3 kali sebab tak sama panjang. aku snap la sikit gambor kt nsm auto tuuu..

keto king!

nadi... enjin ni ranking 1 & 2 kategori 1.8 dkt jempol

bonus pic... reveile 230.2hp kancil turbo by nsm auto

ok total cost -

tkr semua belt yg ada kt enjin bay tuh - rm23 x 3 = rm69
tkr washer rocker cover - rm6.90 x 5 = rm34.50
cover cap rocker cover = rm20
upah = rm45
upah tow = rm130

total = bangrap!!

2 comments:

shahmivec said...

same kejadian yang menimpa ku ketika raya....banyak kenalan ko yer amier

PeQ GaRaGe said...

aduhai..